pantun buat sahabat


Blog For Free!


Archives
Home
2005 May
2005 January
2004 December
2004 October
2004 September
2004 August

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!




Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..


Berikan hati pada manusia, ia akan dilukakan.. berikan hati yang terluka pada Allah ia akan dipulihkan kembali..


~MuTiaRa KaTa~ kita adalah kejadian yg sempurna tetapi..
apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah..
akan terasa kebesaran Allah S.W.T

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
(Al-Ghazali)

"Setiap kesulitan itu akan bertambah
apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang
apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."
-Imam Malik-

Kalau kita berada di alam tabii yg indah,
kita tidak terasa keindahannya,
bukan ertinya alam ini tidak indah,
tapi jiwa kitalah yg tdk indah..

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Kesedihan itu lumrah.
Mengingatinya kembali
mungkin tidak akan mampu
menyembunyikan luka
hidup tetap menilainya semula
dengan mata hati berbeza
mungkin mampu membuat diri
meneruskan hidup dengan tabah.

Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM,
tanpa ilmu manusia akan terseleweng
mengikut kehendak akal dan hawa nafsu
sehingga akhirnya agama dijadikan mainan

Agama menjadi sendi.
Pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
Dan kalau tidak berpenjaganya,
binasalah hayat.
Krn org yang terhormat itu..
Kehormatannya itulah
yang melarangnya berbuat jahat.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu
sebenarnya terkandung seribu kemanisan..

"People wil forget what you said,
people will forget you did,
but people will never forget
how you made them feel..."

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...

MeNgApA TaKuT UnTuK BeRjaLaN SeDaNgKaN KiTa PunYa DuA KaKi YaNg bOLeH BeRjALaN dAn BeRLaRi, MeNgApA TaKuT UnTuK BeRjUaNg SeDaNgKaN KiTa PuNyAi TuHaN YaNg SeNtiAsA Di SiSi…

Perkara yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi..


pantun buat sahabat
12.13.04 (12:50 pm)   [edit]


Mengintai kejora dimalam hari
Hanya kelihatan menjelang pagi
Terimakasih sahabat kerana memahami
Segala kelemahan diriku ini

Suara si pungguk mendayu-dayu
Memuja bulan tak pernah jemu
Biar di dunia kuhimpun rindu
Di akhirat sana kupohon bertemu

Anak haruan mati terperangkap
Jangan keli dikatakan sepat
Padamu sahabat daku berharap
Di sudut hatimu namaku terpahat

Yang merah itu dikatakan saga
Yang indah itu dikatakan bahasa
Bagaimana akhirnya persahabatan kita?
Mampukah meruntun hingga ke Syurga?

Meleret senyum manis di bibirmu
Hilanglah duka terpancar rindu
Ku ukir namamu di dasar qalbu
Ukhwah fillah menjadi dambaku

Indah sungguh bunga di t aman
Disusun orang buat jambangan
Ingin kuselam hatimu teman
Begitu sukarnya mencari jawapan

Merenung langit di kala senja
Mengharap fajar akan menjelma
Padamu Tuhan kupanjatkan doa
Persahabatan ini subur selamanya




 


posted by: Niaz (reply)
post date: 01.15.07 (9:20 pm)

I like this very much, thanks for sharing....can we be friend



posted by: blade (reply)
post date: 09.07.09 (1:02 am)

kata mutiara na bgus tuch..
aq tertarik jg tuch......


Your Name:


Your Comment:



“Tiadalah dua orang yang saling cinta menyintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai oleh Allah itu, ialah orang lebih banyak cintanya pada rakannya” hadis.

“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhati siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Hadis.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Ya Allah, Kurnialah kepadaku Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu; dan apa sahaja yang membawa aku hampir kepada CintaMu; dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga..

**Kata-Kata Pilihan**

Hidup memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan memerlukan perjuangan, Perjuangan memerlukan kekuatan, Kekuatan memerlukan keyakinan, Keyakinan menentukan kejayaan, Kejayaan membawa kebahagiaan...

Hidup tanpa cita-cita adalah mati Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih, Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih Natijahnya kejayaan bakal diraih, Kuntuman senyuman akan tersurih, Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit Namun dapat menjadi petunjuk Keselamatan sesaorang.. terletak pada penjagaan lisanny Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya

Yang lahir dari hati adalah keikhlasan Yang datang dari akal adalah kewarasan Bersatulah hati dan akal Melawan nafsu yang bakal memusnahkan

Harta yang paling indah adalah sabar Teman yang paling akrab adalah ama Pengawal yang paling waspada adalah diam Bahasa yang paling manis adalah senyum Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk

Malu daripada lelaki adalah baik Tetapi daripada perempuan lebih baik Adil bagi setiap orang adalah baik Tetapi daripada pemerintah lebih baik Taubat daripada pemuda adalah baik Tetapi daripada orang tua lebih baik Dermawan daripada orang kaya adalah baik Tetapi daripada orang miskin lagi baik

Tunjangkan resah mu di dada solat, Himpunk' peritmu digenggaman doa, Tutupi kekecewaan dgn taqwa Dan nilailah kesucian dirimu Melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan.."